Hampir sedekad berlalu - Pemandu Ferrari, waris Red Bull Thai masih bebas walaupun penyebab kemalangan maut

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Thailand masih tidak lagi menyelesaikan salah satu kes langgar lari yang paling terkenal di seluruh dunia - sebuah Ferrari remuk, seorang anggota polis maut dan seorang pewaris harta berbilion dolar masih dalam buruan setelah hampir 10 tahun berlalu!


Vorayuth "Boss" Yoovidhya, 'putera' keluarga minuman tenaga Red Bull, dituduh merempuh kereta sport beliau ke arah sebuah motosikal pegawai polis, Wichean Glanprasert di kawasan kejiranan terkaya di Bangkok sedekad lalu pada hari Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau kemudiannya mengelak pendakwa raya dan akhirnya melarikan diri dari Thailand dengan jet peribadi pada 2017! Vorayuth menjadi simbol kepada apa yang dikatakan oleh para pengkritik sebagai 'kelebihan' yang dinikmati oleh golongan kaya raya di negara itu.

 

Amnesty International Thailand berkata kepada AFP, "Persepsi sistem keadilan yang berbeza untuk segmen masyarakat yang berbeza telah melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negara Thai untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk melindungi hak asasi manusia untuk semua rakyat Thai secara adil." 


Sebagai cucu kepada pengasas bersama Red Bull, Chaleo Yoovidhya, yang meninggal dunia pada 2012, Vorayuth adalah sebahagian daripada pewaris dengan anggaran nilai bersih AS$26.4 bilion (RM118,113,600 billion), menjadikannya keluarga kedua terkaya di Thailand, menurut Forbes.


“Keluarga ini bukan sahaja berkuasa di Thailand, tetapi mereka juga sangat berkuasa di seluruh dunia,” kata penganalisis politik Thai, Pavin Chachavalpongpun dari Universiti Kyoto kepada AFP.


Hanya dalam masa beberapa jam selepas kemalangan tersebut, para penyiasat telah berjaya menjejaki cecair brek ke perkarangan Bangkok keluarga Yoovidhya, di mana mereka menemui sebuah Ferrari yang kemek teruk dengan cermin depan pecah.

 

 

Pihak polis pada mulanya menerima dakwaan bahawa seorang pekerja keluarga tersebut yang  memandu, tetapi Vorayuth telah menjadi suspek utama dan keluarganya kemudian membayar pampasan kepada saudara mangsa $100,000 (RM447,400) menurut BBC dan New York Times.


Selama lima tahun, Vorayuth bermain permainan 'kucing dan tikus' dan mendakwa melalui peguam beliau bahawa beliau berada di luar negara atas urusan perniagaan dan masalah kesihatan (sakit).


Tetapi di media sosial beliau memberikan gambaran gaya hidup yang mewah di merata dunia; tinggal di London, menghadiri acara perlumbaan Red Bull, atau pergi cuti ke pantai dan bermain ski.
 

Waran tangkap pada 2017 dengan tuduhan; memandu laju, memandu dalam keadaan mabuk dan gagal memberi bantuan tamat telah dikeluarkan oleh mahkamah Bangkok.

 

Tetapi waran itu terlewat kerana Vorayuth telah pun melarikan diri.

 

 

Pada 2020, pihak berkuasa Thailand telah menggugurkan semua tuduhan terhadap Vorayuth, dan ini telah mencetuskan bantahan orang ramai, dan di sini bermula kempen media sosial dengan #BoycottRedBull.


Kumpulan TCP, syarikat induk Red Bull Thailand telah mengeluarkan kenyataan dengan berkata  isu itu adalah perkara peribadi dan bukan berkaitan syarikat.


Ketika kemarahan orang ramai memuncak, dan dengan demonstrasi antikerajaan yang diketuai oleh para belia yang semakin meningkat di jalanan, pejabat Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha telah mengarahkan supaya kajian diadakan semula tanpa kompromi.


Pejabat Peguam Negara Thailand telah mengumumkan tuduhan baharu terhadap Vorayuth dan pada September 2020, Interpol mengeluarkan Notis Merah (Red Notice) untuk penahanannya.

 

thai


Makluman terkini adalah pada Mac tahun lalu di mana ada pihak mengatakan Vorayuth telah membuat percubaan untuk mengakses Notis Merah (Red Notice) tersebut dan berkemungkinan berada di sekitar negara Perancis pada masa tersebut.


Notis itu juga menyebut Austria, di mana syarikat Red Bull mempunyai ibu pejabatnya dan kemungkinan ia adalah lokasi terkini Vorayuth.

 

Pada bulan lalu, tuduhan penggunaan kokain ketika kemalangan telah tamat tempoh, kata pejabat Peguam Negara Thailand.  Terkini hanya satu sahaja dakwaan kekal iaitu memandu secara melulu menyebabkan kematian, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.


Pejabat Peguam Negara memberitahu AFP bahawa pertuduhan itu sah sehingga 2027. Tetapi ramai rakyat Thailand percaya bahawa Vorayuth tidak akan dihadapkan di mahkamah.


"Malah dari awal lagi, orang awam telah menjangkakan bagaimana kes ini akan berakhir," kata Pavin sambil menyatakan kemarahan orang ramai sememangnya memuncak terhadap kes ini.


"Orang kaya sentiasa terlepas dari jenayah adalah perkara normal dalam masyarakat Thai. Tetapi kami, rakyat Thai tidak OK menerima keputusan ini! 
 

 

 

TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Hanya dalam tempoh 10 minit, insiden tersebut melibatkan sebuah van awam, sebuah bas francais dan…
Berita Domestik
Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22,…