Hampir satu pertiga rider rela gantung kunci berbanding beralih ke motosikal elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Ini merupakan satu kajian menarik daripada Motorcycle Action Group terhadap peralihan kepada penggunaan motosikal elektrik di United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seramai 4,805 orang telah ditemubual berkenaan persiapan untuk menghadapi larangan jualan terhadap motosikal berkuasa petrol, di mana hanya lapan peratus menyokong langkah tersebut manakala 36 peratus lagi berharap langkah tersebut ditangguhkan buat sementara waktu.

Ini bermakna, lebih 50 peratus responden membantah idea masa hadapan tanpa sebarang kehadiran motosikal konvensional!

Lebih mengejutkan apabila 31 peratus daripada responden bersedia untuk menggantung helmet dan kunci sekiranya tiada sebarang pilihan diberikan pada masa akan datang.

Menurut pengerusi MAG Selina Lavender berkata, "saya berasa lega melihat respon yang diberikan, dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan pandangan berhubung isu ini.

"MAG sentiasa bekerja keras untuk mewakili semua pandangan daripada penunggang motosikal, tidak kira apa jua pilihan yang ada, dan kami akan memastikan saluran yang tepat diwujudkan supaya pandangan penunggang motosikal akan didengari oleh kerajaan.

Sumber: Visor Down

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…
Informasi
Jarak gerak yang terlalu pendek Rata-rata, ini ialah isu utama yang menjadi halangan.  Syarikat…