Hampir 300 Buah Custom Cub Berkumpul di Perlis

oleh Arahman Crew|
CustomCub Gathering Vol.5 "Ride to Utara" berlangsung di Homestay Kampung Ujung Bukit, Perlis bermula 7-9 September 2018. Peserta terdiri daripada pemilik2 motosikal streetcub dan kustom serta klasik dari seluruh malaysia.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Gathering kali ini berjaya mengumpulkan sejumlah 364 orang dan dianggarkan sejumlah 296 buah motosikal streetcub telah berjaya dihimpunkan pada himpunan kali ini.

Gathering ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara peserta dan peminat motosikal kustom dari seluruh negara atas minat yang sama. Pada kali ini peserta paling jauh adalah dari Negeri Johor dan perjalanan mereka mengambil masa selama 30 jam untuk sampai ke Homestay Kampung Ujung Bukit setelah menempuhi perjalanan sejauh +-800km.

Peserta dibawa menikmati pemandangan sekitar perlis dan melalui jalan penuh berliku dan tinggi di Wang Kelian sehingga ke sempadan negara Thailand.

Respect geng Streetcub..!! Bukan mudah nak bawa motor kustom dari Johor sampai utara..!! 

CCG seterusnya akan diadakan di Kelantan pada tahun hadapan..

Jumpa lagi tahun hadapan di CCGV6 "Ride Set Kito"..

"Share | Respect |  Shaluut"

Foto & Text : WieAre

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…
Gaya Hidup
Jam tangan terbaharu ini menampilkan binaan casis CARBONOXTM 45 mm yang direka untuk tahan di bawah…
Gaya Hidup
Pengenalan React Swiss Eyewear merupakan komitmen Cyclelogy untuk menawarkan produk peringkat…