Half-track Fox, VW Kombi guna tayar dan rantai untuk bergerak!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Half-track Fox
Half-track Fox
Volkswagen baru sahaja melancarkan ID. Buzz, sebuah van elektrik yang dibangunkan dengan pengaruh kuat van klasik Bulli atau Kombi.

Van itu memang terkenal dan nostalgik dan walaupun sudah berusia puluhan tahun masih boleh ditemui di jalan raya yang menunjukkan ketahanan dan popularitinya.

Satu lagi tentang Kombi ialah kecenderungan untuk diubahsuai kepada van khemah (camper van) dan dibawa menjelajah ke pelbagai destinasi.

Ini pula projek luar biasa, tayar Bulli diganti rantai untuk dipandu di atas pelbagai permukaan bumi atau dipanggil sebagai Half-track Fox.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Half-track Fox

 

Apa yang menarik ialah Bulli yang berusia 60 tahun ini telah selesai dibaikpulih oleh VWCV Classic Vehicles.

Kisah di sebalik Bulli berantai ini memang menarik. Model Bulli T1 ini seperti yang lain dikeluarkan di kilang Hannover, Jerman pada Mei 1962.

Ianya kemudian dihantar ke pembeli di Austria dan berada dalam keadaan standard dalam tempoh tidak lama.

Di sana para mekanik Volkswagen Vienna mengubahsuainya kepada jentera untuk pergunungan Alpine.

 

Half-track Fox

 

Kurt Kretzner telah menghasilkan sebuah Bulli dengan empat gandar, dua menggunakan pacuan rantai dan dua lagi gandar dipasangkan tayar berkembar untuk memusingkan van ini.

Dari sumber sejarah, Kurt Kretzner adalah seorang yang gemarkan ski dan beliau memaklumkan tentang kesukaran untuk mendapatkan van yang berkeupayaan untuk diguna secara off road.

Akhirnya beliau sendiri yang buat!

 

Half-track Fox

 

Kurt Kretzner menghabiskan lebih daripada empat tahun bagi merekabentuk dan menghasilkan van pendakian ini.

Apa yang menarik ialah bukan satu, ada lagi yang berjaya disiapkan namun begitu hanya terhad kepada dua sahaja.

Pada asalnya ada tiga dan tidak menjadi realiti selepas pengeluaran dihentikan.

 

Half-track Fox

 

Berikut adalah ubah suai pintar yang dilakukan pada van Half-track Fox:

  • Tayar berganda di depan saiz 14 inci dan dua gandar di belakang dengan pacuan rantai.
  • Rantai itu dipasang pada roda 13 inci dan dibuat daripada aluminium dan blok getah dengan tebal dua sentimeter yang direka sendiri.
  • Hasil daripada stereng dua gandar (kedua-dua tayar depan dan belakang boleh pusing), jarak pusingan roda tidak sampai 10 meter dan satu ciri yang praktikal.
  • Setiap roda mempunyai brek.
  • Pembeza gelincir terhad (LSD) automatik dipasang untuk memastikan pacuan yang sekata walapun dalam salji tebal.
  • Digerakkan enjin standard 1,192 cc dengan kuasa 34 PS. 
  • Kelajuan maksimum 35 km/j (laju-laju nak pergi mana?!)

Selain ciptaan pintar, kisah hidup Half-track Fox ini juga menarik. Tahun terakhir van ini di Vienna ialah pada 1985 sebelum dibeli oleh Muzium Porsche di Gmünd pada awal 90-an.

 

Half-track Fox

 

Van ini kemudian berada di bawah pemilikan Bullikartei e.V., sebuah persatuan pencinta Bulli generasi pertama.

Pada tahun 2005, persatuan memulakan langkah awal bagi membaik pulih van ini namun halangan seperti ahli yang tinggal di merata tempat dan logistik menyukarkan hasrat tersebut.

Pada penghujung 2018 ada sinar baharu apabila ianya menjadi koleksi terbaru VWCV Classic Vehicles.

 

Half-track Fox

 

Kerja-kerja baik pulih bermula dan segala komponen ditanggalkan dengan badan dibaiki dan dilayangkan cat warna asal atau oren kusam.

Bahagian mekanikal turut diberi perhatian dan begitu juga dengan bahagian dalam. 

Akhirnya pada Februari 2022 Half-track Fox sekali lagi menemui salji yang merupakan habitatnya!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Half-track Fox