Halangan merentas sempadan ditamatkan atas keperluan ekonomi

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyatakan bahawa larangan untuk perjalanan antara daerah dan antara negeri telah ditamatkan walaupun kawasan tersebut berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keputusan itu menurutnya, dilakukan untuk mengimbangkan kesihatan awam dan kestabilan ekonomi.

"Kehidupan perlu diteruskan," ujarnya.

Sekatan jalanraya oleh pihak polis di sempadan negeri akan dihentikan bermula hari ini. Arahan membataskan tiga penumpang sahaja dalam kenderaan juga dimansuhkan dan kenderaan sekarang boleh membawa jumlah penumpang maksimum (mengikut had kenderaan).

 


 

 

Fokus kini adalah lebih ke arah prosedur operasi standard (SOP) di mana orang awam diminta untuk mematuhi SOP kebersihan dan penjarakan fizikal bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

"Polis akan ditugaskan di semua tempat untuk memastikan SOP dipatuhi," terang Ismail lagi.

Bagi sektor pelancongan, ia akan dibincangkan dengan kementerian berkaitan dan keputusannya akan diumumkan kelak.

Namun begitu, larangan perjalanan masih dikenakan untuk kawasan-kawasan di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perjalanan ke Sabah atas alasan lawatan sosial juga tidak dibenarkan dan untuk sesiapa yang mahu masuk ke negeri itu, ujian Covid-19 RT-PCR atau RTK Antigen perlu dilakukan tiga hari sebelum perjalanan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kerajaan antara lain melaksanakan beberapa inisiatif iaitu menyediakan perkhidmatan tunda kereta…
Berita Domestik
Mesyuarat MPN itu juga akan memperhalusi cadangan untuk membuka sempadan negara yang telah ditutup…
Berita Domestik
Kerajaan juga akan mula mengambil kira prinsip alam semulajadi, sosial dan tadbir urus di dalam…