Contoh yang paling bangang ditunjukkan oleh empat orang wanita yang sanggup menghalang lalu lintas semata-mata untuk merakamkan video Tik Tok.
Dalam kejadian yang berlaku di Albania pada 22 Ogos itu, mereka menaiki sebuah Mercedes-Benz E-Class Cabrio sebelum berhenti di tengah-tengah jalan dan mula merakamkan aksi tarian.
Tindakan bodoh itu ternyata mengundang kesesakan lalu lintas dan ketidakselesaan di kalangan pengguna jalan raya yang lain.
Apa yang pasti, video yang dimuatnaik itu kini menjadi bahan bukti oleh pihak berkuasa, di mana keempat-empat wanita itu kemudian ditahan atas kesalahan mewujudkan situasi berbahaya di atas jalan raya sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Mercedes E-Class Cabrio itu juga turut dirampas, sementara pemandu berusia 21 tahun itu disaman sebanyak 50,000 lek (RM2,024).
Lebih memburukkan keadaan, pemandu itu sendiri tidak mempunyai lesen memandu!