Halang lalu lintas - Proton Saga sah milik anggota polis, dapat tiga saman trafik

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis telah berjaya mengesan pemilik sebuah kereta jenis Proton Saga yang didapati menghalang lalu lintas di Persiaran Brash, Ipoh.

Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemilik kereta tersebut merupakan seorang pegawai rendah polis yang bertugas di Batu Gajah.

Tambahnya lagi, semasa kejadian itu berlaku, kereta itu dipandu oleh salah seorang ahli keluarga anggota tersebut.

“Semakan lanjut mendapati vest polis yang terletak di dashboard kereta adalah milik pegawai rendah polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan, sebanyak tiga saman trafik telah dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kereta tersebut.

Dua saman dikeluarkan kepada pemandu di bawah Kaedah 16(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana kesalahan halangan lalu lintas dan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen sah serta satu saman kepada pemilik di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan seseorang memandu kenderaan tanpa lesen.

Selain itu, katanya, pihak siasatan turut memaklumkan kes ini kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perak untuk siasatan dari sudut tatatertib terhadap pemilik.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan kesalahan lalu lintas,” tegasnya.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini bermakna, Proton telah berjaya pulih semula daripada permulaan yang perlahan pada suku kedua…
Berita Domestik
Menurut laporan rakan media WapCar, kemaskini baharu itu telah mula digunakan pada model yang…
Berita Domestik
Dalam tempoh empat bulan pertama, Proton mencatatkan jumlah jualan sebanyak 49,702 unit, atau…