Hakim Danish wakil SIC Racing tawan litar Pamposa

oleh SALINA JALIL|
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli menggegarkan bumi Itali apabila menawan litar Pamposa yang menjadi venue bagi penganjuran saingan Ohvale Coppa Italia, Ahad lalu.


Hakim yang beraksi menerusi tiket 'wild card' mewakili SIC Racing memenangi kedua-dua Perlumbaan 1 dan 2 dalam kelas GP-2 190 Junior, malah mencipta rekod sepusingan terbaik litar.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Atlet muda berusia 14 tahun pada mulanya memecahkan rekod sepusingan terbaik dengan catatan 1 minit 1.391 saat (s) di sesi kelayakan sebelum melakukan 1:01.270s pada aksi Perlumbaan 1.

 

Perlumbaan pertama pusingan keempat Ohvale Coppa Italia menyaksikan Hakim menemui garisan penamat di tempat pertama sekali gus mengenepikan pencabar Thomas Bonomi dari pasukan CMV, manakala Davide Ferrazi (Dolomiti Corse) melengkapkan podium di tempat ketiga.

 

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu turut menewaskan pencabarnya di Perlumbaan 2 untuk sekali lagi menewaskan Ferrazi dan pencabar rapatnya di tempat ketiga, Lorenzo La Sorsa dari Settimoto.

 

"Perasaan saya sungguh gembira dapat berlumba dalam saingan Coppa Italia kerana di sini saya berpeluang untuk menimba pengalaman berharga yang sangat penting buat karier saya.

 

"Saya juga gembira dapat bergaul dengan pelumba Itali yang bagi saya mereka sangat baik walaupun pertama kali bertemu. Saya gembira berkawan dengan mereka," kata Hakim.

 

Hakim pada musim ini menyertai saingan penuh Asia Talent Cup (ATC) dan European Talent Cup (ETC).

 

Pada penyertaannya di ATC setakat ini, Hakim sudah menaiki tiga pentas podium dengan penamat di tempat ketiga dalam empat pusingan musim dan mengumpul 57 mata untuk berada di tangga keempat keseluruhan.

 

Malah di perlumbaan sulungnya di ETC yang mula disertainya di Litar Catalunya, Jun lalu, anak muda itu turut mampu bersaing di pentas saingan yang dianggap tiga kali ganda lebih sukar berbanding ATC.

 

hakim

Berita Harian