Hakim Danish bakal sertai Sharul Ezwan di European Talent Cup

oleh Mohamad Hanif|
Pemenang SIC MiniGP Championship Musim Pertama, Hakim Danish bakal mencatatkan satu lagi pencapaian baharu dengan membuat kemunculan kali pertama di European Talent Cup (ETC) pada 13 Jun ini di Barcelona-Catalunya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelumba muda itu bakal menyertai pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team bersama-sama Sharul Ezwan sebagai rakan sepasukan.

Hakim Danish mula menunjukkan bakat terpendam ketika kejuaraan Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) bertempat di Qatar dengan tiga pencapaian podium.

Melihatkan usaha dan prestasi yang memberangsangkan, Liqui Moly Intact SIC Racing Team memberikan peluang kepada Hakim untuk berlumba di ETC.

 


Sehingga kini, terdapat empat bakat tempatan yang bertanding di FIM CEV Repsol Championship iaitu Adam Noroddin (Moto2 European Championship), Syarifuddin Azman (Moto3 World Junior Championship), diikuti Sharul Ezwan dan Hakim Danish di dalam ETC.

Menurut Hakim Danish, beliau amat berbesar hati dan teruja untuk berlumba di ETC bersama-sama rakan sepasukannya, Sharul Ezwan.

"Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada para penaja, khususnya IntactGP dan SIC, dan saya pasti akan meraih pengalaman berharga dengan peluang keemasan ini.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pusingan itu akan bermula hujung tahun ini, Razlan sentiasa berdedikasi daripada permulaan…
Sukan Bermotor
  Atlet muda berusia 14 tahun pada mulanya memecahkan rekod sepusingan terbaik dengan catatan 1…