Terbaharu, Daimler diberitakan telah kehilangan tuntutan kes paten teknologi mudah alih buat kali kedua berturut-turut, kali ini kalah kepada syarikat Jepun, Sharp.
Menurut laporan daripada Automotive News, kes yang dihadapi oleh Daimler terhadap Sharp adalah serupa seperti kes Nokia, di mana Daimler dikatakan menggunakan teknologi mudah alih daripada Sharp tanpa mendapatkan lesen atau kebenaran daripada pemilik paten tersebut.
Seperti yang diputuskan oleh mahkamah pada kes Nokia tempoh hari, Sharp juga mampu untuk menghalang penjualan kenderaan Mercedes-Benz di Jerman.
Tambah laporan itu lagi, Daimler telah pun memfailkan rayuan yang memerlukan Sharap membayar cagaran sebanyak 5.5 juta euro (RM27 billion) kepada syarikat automotif Jerman.
Dalam kes Nokia sebelum ini, amaun yang diminta adalah sebanyak 7 billion euro (RM35 billion), namun disebabkan tiada sebarang amaun diumumkan buat masa ini, larangan penjualan terhadap Daimler masih belum berkuatkuasa ketika artikel ini ditulis.
Sumber: Automotive News