Hai Tesla! Lucid Motors datang dengan bantuan US$ 1 billion dari Arab Saudi

oleh HEZERI SAMSURI|
Lucid Motors, syarikat pengeluar kereta EV yang masih belum mengeluarkan produknya bakal merealisasikan impian mereka setelah mendapat suntikan dana bernilai US$ 1 billion atau RM4.13 billion.

Dana itu diterima dari Tabung Pelaburan Awam Saudi Arabia (Public Investment Fund of Saudi Arabia).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Modal itu akan digunakan untuk membina kilang pemasangan Lucid Motors di Arizona agar model pertama syarikat itu, Lucid Air akan dilancarkan dalam tahun 2020.

Arab Saudi memang dalam perancangan untuk membuat kepelbagaian pelaburan agar ia tidak berharap kepada hasil sumber minyak sahaja. Ini selari dengan Wawasan 2030 yang disuarakan oleh pemimpin Arab Saudi agar meletakan negara itu sebagai hab global yang menghubungkan Eropah dan Afrika kepada Asia.

Lucid Air mempunyai dua motor elektrik yang menghasilkan 1,000 hp dan mempunyai kelajuan setinggi 378 kmsj, jauh lebih laju dan lebih pantas dari Tesla Model S P100 D pada kelajuan maksimum 249 kmsj.

* Sumber dari Saudi Press Agency

 

lucid bontot