Hafizh tak sabar!

oleh SALINA JALIL|
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak sabar kembali ke Litar Red Bull Ring biarpun berdepan kemalangan ngeri di litar itu pada Grand Prix (GP) Austria, Ahad lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dia yang beraksi bersama pasukan Openbank Aspar Team berkata, perkembangan proses pemulihannya berjalan baik dan akan melakukan apa saja bagi membolehkan kembali beraksi pada GP Styria di litar sama, hujung minggu ini.

 

"Paling penting pada pemeriksaan perubatan esok, saya kembali cergas dan mampu untuk berlumba hujung minggu ini (GP Styria di Litar Red Bull Ring).

 

"Saya sudah menunjukkan kemajuan dari hari ke hari, tidak banyak tapi sekurang-kurangnya lebih baik berbanding Ahad lalu," kata pelumba berusia 26 tahun itu.

 

Hafizh terbabit dengan kemalangan ngeri selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di tengah laluan sebelum Hafizh yang tidak menyedarinya gagal mengelak dan merempuh motosikal pelumba Italtrans Racing Team itu.

 

Dia kemudian dibawa ke pusat perubatan litar dengan dirinya hanya dilaporkan mengalami lebam di beberapa bahagian badan terutamanya di pinggul sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan terperinci.

 

Bagaimanapun, dia dibenarkan pulang ke litar selepas pemeriksaan dilakukan.

 

 

BH

Berita Berkenaan

MotorGP
Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah…
Berita Global
Adam yang sudah lima tahun berhari raya di perantauan berkata perasaan sedih masih ada dan beliau…
Berita Domestik
Ikuti temubual bersama Duta Rasmi GAZOO Racing yang turut serta berlumba dan berjaya memenangi…