Hafizh Syahrin sah sertai pasukan Angel Nieto - bersaing dalam kelas Moto2

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba negara, Hafizh Syahrin sah menyertai pasukan Angel Nieto bagi berentap di dalam kelas Moto2 menerusi satu pengumuman yang dibuat oleh pasukan tersebut sebentar tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penyertaan Hafizh ke dalam pasukan tersebut diiringi oleh pelumba Sepanyol, Aron Canet yang berpindah dari kelas Moto3 setelah menghabiskan semusim perlumbaan bersama pasukan Sterilgarda Max Racing Team.

"Dengan pasukan Angel Nieto, saya pasti akan melakukan persembahan yang lebih baik pada musim hadapan.

"Moto2 bukanlah satu kategori yang baharu kerana ia adalah padang permainan saya selama beberapa tahun, namun sekarang saya mempunyai jentera yang berbeza berbanding musim terdahhulu. 

Hafizh Syahrin memsasarkan lima kedudukan teratas untuk musim hadapan. 

Sementara itu, CEO SIC, Dato' Razlan Razali berkata, "kami berasa amat bangga untuk memberikan sokongan kepada Hafizh (dan pasukan Angel Nieto) untuk musim 2020.

"Hafizh merupakan ikon negara, dan inspirasi kepada warga muda Malaysia. Dan kami percaya Hafizh mampu memberikan cabaran yang sengit untuk kejuaraan akan datang," ujar beliau lagi. 

Sumber: Angel Nieto

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…