Hafizh Syahrin lelong basikal TT Shiv untuk berlumba

oleh SALINA JALIL|
Perkongsian pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang mahu menjual basikal kesayangannya di laman Instagram mendapat perhatian umum.


Menerusi perkongsian di ruangan Instastory, Hafizh memaklumkan mahu menjual basikalnya dengan harga RM42,000.


Namun, apa yang menjadi perhatian apabila dia menulis mahu menjual basikal berkenaan sebab mahu berlumba.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"TT Shiv kepunyaan saya untuk dijual…baru digunakan 200 kilometer. RM42,000 boleh runding.. hubungi saya jika anda berminat. Jual sebab nak race (berlumba)," tulis Hafizh beserta gambar basikalnya.

 

Perkongsian itu turut menimbulkan persoalan adakah Hafizh terdesak atau sekadar bergurau selepas dia menyatakan ingin menjual basikal sebab mahu berlumba.

Difahamkan menerusi laman instagram pelumba terbabit, basikal miliknya dibeli beberapa tahun lalu jenis Shiv TT dengan nilai pasaran dikatakan mencecah lebih RM70,000.

 

Basikal terbabit sering digunakan Hafizh untuk beriadah terutama selepas berakhir perlumbaan di luar negara.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Tinjauan Bernama pada sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini…
Berita Domestik
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku…
Informasi
Razlan berkata, buat masa ini barisan pelumba negara dilihat masih belum bersedia untuk ke kelas…