Hafizh Syahrin dalam dilema, masih tiada penaja utama!

oleh SALINA JALIL|
Kesukaran untuk mendapatkan tajaan bukan sahaja dihadapi oleh pasukan yang beraksi dalam pelbagai pentas perlumbaan musim ini, tetapi tidak terkecuali juga dirasai oleh pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah.


Bakal beraksi dalam saingan Moto2 musim depan bersama pasukan Angel Nieto selepas dua musim di MotoGP, Hafizh mengakui setakat ini masih belum memperoleh penaja utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya masih lagi menunggu jawapan daripada pihak tertentu. Buat masa sekarang memang saya belum ada penaja utama yang bersedia untuk menaja saya pada musim baru nanti.

 

"Apapun saya akan tetap fokus, bekerja keras dan meneruskan perlumbaan seperti biasa meskipun tanpa bergaji pada musim ini," katanya.

 

Pelumba berusia 25 tahun itu berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal tajaan itu, sebaliknya mahu fokus kepada persiapan musim baru terutamanya sesi ujian rasmi bulan depan.

 

"Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah.

 

"Kalau tidak ada, bermakna saya perlu berusaha lebih lagi. Jadi sama-sama kita saksikan nanti apakah yang boleh saya lakukan pada musim baru ini," katanya.

 

Musim baru bagi saingan MotoGP tahun ini akan bermula pada 8 Mac depan di Qatar.

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Tinjauan Bernama pada sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini…
Berita Domestik
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku…
Informasi
Razlan berkata, buat masa ini barisan pelumba negara dilihat masih belum bersedia untuk ke kelas…