Hafizh dihalang bawa isteri ke Eropah

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin nampaknya "mengamuk" lagi kerana niatnya untuk menerbangkan isterinya ke Eropah bagi menemani beliau berlumba dihalang kerana isu Imigresen dan pihak berkaitan.

Ahad lalu, pelumba tersebut berjaya menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix Itali pada tangga kesembilan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia adalah pencapaian terbaik Hafizh bersama pasukan NTS RW Racing GP selepas meraih satu mata semasa perlumbaan GP Le Mans.

Menurut luahan perasaannya di laman Instagram beliau, tujuan beliau mahu membawa isterinya ke sana ialah kerana mahukan seorang ahli keluarga rapat dengannya jika berlaku apa-apa kecelakaan.

 

 

"Saya race demi Malaysia dan minat, bukan bercuti! Serius macam minta sedekah!" tulisnya di Instagram hafizh_syahrin.

Sebelum ini anak jati Ampang itu pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana terpaksa menjalankan kuarantin di hotel untuk tempoh seminggu selepas pulang dari luar negara.

Pendapat Hafizh ialah proses kuarantin itu membuang masa dan mengganggu persediaan atlet kerana mereka telahpun melakukan ujian calitan dan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Jawapan dari Friends of Immigration pula dilihat seperti mencabar keluhan Hafizh dan dianggap hanya menyimbahkan minyak ke api yang sedang marak. 

Hafizh juga memuat-naik kenyataan seterusnya yang meminta maaf atas keluhannya.

Mungkin agensi kerajaan perlu mewujudkan satu saluran khusus untuk kes-kes terpencil begini kerana apa yang dilakukan oleh Hafizh (berlumba di peringkat antarabangsa) bukan sesuatu yang mudah.

 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Sukan Bermotor
Tinjauan Bernama pada sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini…
Berita Domestik
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku…