Hafiz Syahrin kecundang, 12 pelumba DNF pada pusingan di Catalunya

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba pasukan Monster Yamaha Tech3 Hafizh Syahrin Abdullah terbabas pada perlumbaan ketujuh MotoGP yang bertempat di Litar Barcelona, Catalunya ahad lepas.

Pada perlumbaan yang dimenangi oleh Jorge Lorenzo tersebut, Hafizh pada awalnya telah mencapai kedudukan terbaik pada tangga kesembilan sebelum beliau hilang kawalan dan terbabas di atas litar. 

Nasib beliau baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan, walaubagaimanapun beliau terpaksa berpuas hati apabila gagal menamatkan perlumbaan (DNF) dengan berbaki empat pusingan. 

Hafizh dijangka akan menebus semula kelemahannya itu pada pusingan seterusnya di Netherlands pada 1 Julai nanti.

Dengan catatan masa 40 minit 13.566 saat, Jorge Lorenzo mendahului Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda dengan perbezaan lima saat sahaja, manakala tempat ketiga pula dirangkul oleh Valentino Rossi dengan catatan masa kurang satu saat di belakang Marc Marquez. 

Pada perlumbaan yang diadakan baru-baru ini, seramai 12 orang pelumba didapati gagal untuk menghabiskan pusingan perlumbaan.
 

Berita Berkenaan

MotorGP
Dia yang beraksi bersama NTS RW Racing GP berkata ada beberapa faktor yang membuatkan dia mengambil…
Sukan Bermotor
Hafizh Syahrin akan bertanding mewakili pasukan HI-REV SIC Dream Chaser menggunakan jentera Toyota…