Hadri & Hachiroku jelajah 25,000 km promosi Visit Malaysia 2020

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kejayaan fasa pertama acara Retro Havoc 2019 yang berlangsung pada bulan Mac lalu, kini Retro Havoc Sdn Bhd dengan kerjasama Tourism Malaysia melancarkan program fasa kedua mereka, iatu Jelajah Dunia VM2020 Retro Havoc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan sebuah Toyota Corolla AE86 atau lebih dikenali dengan nama Hachiroku di kalangan peminatnya, ia akan dipandu sendiri oleh Engku Mohammad Hadri Engku Hassan (Hadri), 34 tahun sejauh 25,000 km merentasi 24 buah negara.

Sesi flag-off acara ini berlangsung siang tadi di Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia dan dilepaskan sendiri oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia.

 


Dalam misi menawan Eropah, Hadri tidak keseorangan kerana beliau ditemani oleh jurupandu arah, Sh Nur Sharmila Bt Sh Mohamed Sharer, 38 tahun dan mekanik khas untuk Hachiroku, Abdul Rahman Halid, 32 tahun.

Sudah tentu, Toyota AE86 yang digunakannya itu sudah pun ditala untuk tujuan kembara, terutama di bahagian enjin 4A-GE yang merupakan nadi utama di dalam setiap perjalanan menuju ke Eropah. 
 


Sistem suspensi pula menerima tajaan daripada syarikat suspensi tempatan F Tuned Racing Suspension yang ditala untuk tujuan keselesaan sepanjang perjalanan sebelum ia ditukarkan kepada set perlumbaan untuk digunakan oleh Hadri ketika sesi ujian akhir di Litar Nurburgring pada penghujung kembara. 

Malah, dua jenis tayar juga turut disumbangkan oleh Yokohama bagi dua tujuan di atas, iaitu Yokohama Advan Fleva dan Yokohama Advan AD08R yang dihantar secara terus melalui kurier. 
 


Sepanjang kembara 25,000 km merentasi 25 buah negara, pasukan Retro Havoc ini akan mempromosikan VM2020 termasuklah acara nasional seperti Jualan Akhir Tahun (YES), MotoGP dan perlumbaan baharu iaitu FIM EWC dan FIA WTCR yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini. 

Sebagai makluman sampingan, kembara Hadri ke Eropah ini juga akan menemukan beliau dengan tunangnya yang berasal dari Jerman, dan sama-sama kita doakan kembara agung ini akan berakhir dengan kedua-dua insan disatukan dalam satu majlis perkahwinan yang mengikut adat-istiadat Melayu. 
 


Berikut merupakan senarai negara yang bakal ditempuh oleh Hadri dan Hachirokunya:

  • Thailand (20/8/2019)
  • Laos (26/8/2019)
  • China (28/8/2019)
  • Mongolia (12/9/2019)
  • Russia (20/9/2019)
  • Latvia (9/10/2019)
  • Estonia (9/10/2019)
  • Lithuania (11/10/2019)
  • Belarus (12/10/2019)
  • Poland (12/10/2019)
  • Czech (16/10/2019)
  • Austria (18/10/2019)
  • Solvakia (19/10/2019)
  • Hungary (19/10/2019)
  • Croatia (21/10/2019)
  • Solvenia (22/10/2019)
  • Itali (23/10/2019)
  • Switzerland (25/10/2019)
  • Luxembourg (27/10/2019)
  • Jerman (28/10/2019)
  • Netherlands (30/10/2019)
  • Belgium (13/11/2019)
  • Perancis (14/11/2019)
     

Terima kasih kepada pensyarah Kolej Vokasional Balik Pulau, Encik Abdul Rahim Ahmad atas sumbangan poster di atas.  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoC yang berkuatkuasa dari tahun 2024 hingga 2026 itu dibuat berlandaskan komitmen untuk memajukan…
Berita Domestik
Sebagai makluman, RFC Challenge telah diiktiraf sebagai salah satu acara perlumbaan off-road yang…
Berita Domestik
Kempen ini dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato' Sri Nancy Shukri dan…