Hadiah tahun baharu dari VW - kos servis percuma untuk 3 tahun!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini menyambut kedatangan Tahun Baru dengan memperkenalkan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun/45,000km (mana-mana tiba dahulu). Semua kenderaan Volkswagen yang didaftarkan mulai 1 Januari 2018 adalah layak menerima program ini tanpa mengira modelnya.  

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun ke atas kenderaan Volkswagen itu akan memberi ketenangan minda kepada para pemilik kerana kos menjaga kereta mereka ditanggung oleh Volkswagen.  

 

passat

 

“Dengan adanya program ini, pemilik tidak perlu bimbang tentang penyelenggaraan kereta Volkswagen mereka. Ia juga mengukuhkan komitmen kami terhadap para pelanggan – bukan sekadar menguatkan perkhidmatan selepas jualan, malah dari segi pengalaman pemilikan kepada pelanggan kami,” katanya. 

Program ini merangkumi semua kos penyelenggaraan sebagaimana yang diperlukan dalam servis berkala. Namun ia tidak melibatkan alat-alat ganti lusuh seperti cakera brek, pad brek, penggilap cermin dan mentol lampu. Pemilik kenderaan juga perlu mematuhi jadual penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen atau berisiko jaminannya terbatal. 

Sebagai tambahan kepada program baru itu, pelanggan yang membeli mana-mana varian Passat juga akan menikmati kadar faedah rendah bermula 0.88% setahun. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my