Sehubungan dengan itu, perintah penurunan had laju kebangsaan akan dikuatkuasakan dimana ia kini diturunkan kepada 80 kmj di jalan persekutuan seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) juga akan dilaksanakan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 22 dan 23 April 2023.
Larangan tersebut akan berkuatkuasa pada 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan).
Seperti musim perayaan yang lain, larangan tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.
Road-ban itu melibatkan tujuh jenis kenderaan barangan dan lori berat, treler platform, trak tunda dan traktor.
Larangan 24 jam juga dikenakan ke atas lori berat dengan muatan lebih daripada 7.5 tan, mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, bijih timah, arang batu, bahan binaan atau bahan mineral lain.
Larangan jalan raya dari tengah malam hingga 8 pagi akan dikenakan ke atas trak kontena dan lori kargo (kecuali yang membawa barang dari pelabuhan atau lapangan terbang dan zon perindustrian di negeri yang sama).