Had laju kebangsaan Australia mungkin dinaikkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Had laju kebangsaan Australia mungkin akan ditinggikan sekiranya infrastruktur diperbaiki dan diubah untuk menjadikan pemanduan berhalaju tinggi lebih selamat.

Had laju kebangsaan Australia boleh mencecah 130 kmsj untuk Northern Territory dan 110 kmsj di negeri-negeri lain.

Hadlaju lebuhraya kebangsaan pula kekal 100 kmsj.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Samantha Cockfield, pengarah keselamatan jalanraya untuk Suruhanjaya Kemalangan Pengangkutan bagi Victoria, pihaknya mampu membina infrastruktur yang sesuai untuk menampung kelajuan yang lebih tinggi dari sekarang.

"Namun begitu, ia akan memakan kos yang tinggi dan persimpangan jalanraya tidak boleh wujud. Persimpangan jalanraya ialah risiko terbesar bagi kenderaan yang dipandu laju," terangnya.

Suatu ketika dahulu, lebuhraya Stuart di Alice Springs, bahagian utara Australia, tidak mempunyai had laju, umpama Autobahn di Australia.

Walaupun tidak ada kemalangan maut akibat pemanduan berkelajuan tinggi di lebuhraya sepanjang 300 km itu, kerajaan Australia meletakan batasan kelajuan kepada 130 kmsj dalam tahun 2016.

Jumlah kematian maut akibat kemalangan jalanraya di beberapa negeri di Australia meningkat, terutama di Victoria walaupun jumlah kamera halaju ditambah.

Cockfield turut menambah, lebuhraya Autobahn di Jerman juga semakin dikawal untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan.

"Kelajuan tinggi membunuh, dan kerana itu banyak negara di seluruh dunia semakin melihat aspek kelajuan dan cara untuk mengawalnya," sambung Cockfield. 

Apa pendapat anda? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…