#hackingthehighway - Hackathon PLUS tawar hadiah sehingga RM30 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Seramai 80 orang penggodam atau lebih dikenali dengan istilah hacker daripada 20 pasukan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul sehingga RM30,000 menerusi program Hackathon PLUS 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Pertandingan yang julung kali diadakan oleh PLUS ini bertujuan untuk mencipta dan menghasilkan aplikasi atau produk yang inovatif dan kreatif, selari dengan matlamat PLUS dalam memberikan pengalaman perjalanan lebuhraya yang lebih pintar dan berteknologi. 

Bertemakan #hackingthehighway, program Hackathon PLUS yang berlangsung selama 24 jam tanpa henti ini disertai oleh pakar dalam bidang aplikasi digital, perisian komputer, pereka grafik, pengurus projek dan bidang yang berkaitan. 
 


Menurut Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi PLUS Malaysia Berhad, Shamsul Izhan Abdul Majid berkata, program ini memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi idea, termasuk mencipta prototaip yang unik dalam membantu PLUS menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang lebih pintar, lebih selamat dan menjimatkan kos. 

Pasukan yang berjaya menghasilkan produk, prototaip atau aplikasi yang menarik dan praktikal akan diberi peluang bekerjasama dan menjadi rakan pintar PLUS dan Teras Technology, tambah Shamsul lagi. 


Pengadilan adalah berdasarkan kreativiti, model bisnes, inovasi, pelaksanaan, keberkesanan dan lain-lain lagi. 

Hackathon PLUS menawarkan hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…