Haas pasukan pertama dedah jentera F1 2022

oleh Mohamad Hanif|
Haas merupakan pasukan pertama yang telah mendedahkan secara rasmi rekaan jentera VF-22 untuk musim perlumbaan F1 tahun 2022 yang turut menampilkan perubahan dari segi peraturan teknikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah peraturan terbaharu, F1 mahu menjadikan perlumbaan yang lebih kompetitif selain mengelakkan dominasi sesuatu pasukan sahaja.

Baca: Peraturan baharu Formula 1 2022

Menurut pengarah teknikal Haas, Simone Resta menjelaskan, untuk menghasilkan jentera F1 mengikut perubahan peraturan tahun 2022 merupakan projek yang paling kompleks buat pasukan itu sejak tahun 2016.

Tahun lalu, Haas menduduki tangga terakhir di dalam kejuaraan pengeluar, dan satu-satunya pasukan yang gagal untuk memperoleh sebarang mata terkumpul.
 

Haas


Disebabkan mereka tidak membangunkan jentera untuk tahun 2021, segala bajet disalurkan secara terus dalam membangunkan jentera tahun 2022 mengikut perubahan regulasi yang telah ditetapkan.

Menurut prinsipal pasukan Guenther Steiner, "kami membuat keputusan pada tahun 2020 untuk menyalurkan segala usaha dan dana untuk jentera VF-22, dan terpaksa melupakan apa jua yang berkaitan dengan musim 2021 - yang sememangnya satu perkara yang sukar untuk dihadapi.

Dari segi penampilan, VF-22 menggunakan liveri warna putih, merah dan biru yang melambangkan warna bendera Russia, serta penaja utama Uralkali.
 

Haas


Nikita Mazepin dan rakan sepasukannya Mick Schumacher sekali lagi menjadi pemandu utama untuk musim 2022.

Ujian pra-musim F1 akan mengambil tempat di Circuit de Catalunya, Barcelona pada 23 Februari ini, diikuti litar Bahrain pada 10-12 Mac.

Sumber: RaceFans

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dalam satu kenyataan menjelaskan, "Mick merupakan seorang…
Sukan Bermotor
Dalam kenyataan terbaharu, F1, FIA serta ketua pasukan perlumbaan bersepakat adalah mustahil untuk…
Sukan Bermotor
Menurut beliau, penglibatan diri di dalam F1 merupakan pelaburan jangka panjang, di mana ia…