Gymkhana 11: Travis Pastrana ganti Ken Block, kemunculan semula jentera Subaru!

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kali, selepas 12 tahun dan membintangi 10 buah video aksi lasak (teratur) Gymkhana, pemandu dan pelumba rali Ken Block tidak lagi menjadi watak utama di dalam video ke-11 Gymkhana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebaliknya, peranan tersebut bakal diisi oleh seorang lagi pakar aksi lasak dua roda dan empat roda, iaitu Travis Pastrana berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Dirtfish.com.

 


Travis juga bukanlah calang-calang orangnya, selain pernah membuat kemunculan beberapa kali di dalam video Gymkhana yang terdahulu, beliau juga pernah memandu bagi pasukan Subaru Rally Team USA untuk siri kejuaraan Global RallyCross Championship serta pasukan NASCAR.

Kemunculan Travis juga menandakan kemasukan kembali jenama Subaru ke dalam siri Gymkhana setelah sekian lama siri tersebut didominasi oleh kenderaan berjenama Ford yang dilenjan oleh Ken Block selama ini.

Tidak dapat dipastikan jentera apakah yang bakal dipandu oleh Travis, namun calon jentera yang paling sesuai tidak lain dan tidak bukan adalah Subaru WRX STI.

 


Walaupun Ken Block menyerahkan Gymkhana 11 kepada Travis, ini tidak bermakna Ken terus mengangkat bendera putih terhadap siri yang dinantikan oleh ramai peminatnya di seluruh dunia.

Apatah lagi baru-baru ini Ken Block baharu sahaja memperlihatkan model konsep Hoonifox - Ford Mustang badan Fox - dengan modifikasi berat untuk pemanduan aksi lasak.

Mungkin sekali Hoonifox bakal membuat kemunculan rasmi pada Gymkhana 12.

Sumber: DirtFish

Berita Berkenaan

Berita Global
Tema yang digunakan dalam video Gymkhana yang terbaharu ini adalah aksi lasak yang bakal…
Berita Global
Tidak lain dan tidak bukan, sebuah Subaru WRX STI yang dimodifikasi secara ekstrem dengan bantuan…
Berita Global
Dan nampaknya, Ken Block kini berminat terhadap Mustang generasi ketiga yang diproduksikan dari…