Gymkhana 11 - aksi gila Travis Pastrana, serta penampilan istimewa Subaru BRZ!

oleh Mohamad Hanif|
Gymkhana 11 yang baharu sahaja ditayangkan bukan sahaja menampilkan jentera Subaru WRX STI yang bakal dipandu oleh Travis Pastrana, ia juga hadir dengan kejutan yang tersendiri.

Tema yang digunakan dalam video Gymkhana yang terbaharu ini adalah aksi lasak yang bakal ditunjukkan oleh Travis Pastrana di kampung halamannya, menampilkan beberapa aksi 'terbang' dan melibatkan penggunaan jentera lain seperti forklift, motosikal, kapal terbang, dan speedboat!

Selain daripada unsur-unsur aksi lasak itu tadi, Gymkhana 11 juga turut menandakan penampilan kali pertama sebuah lagi model baharu daripada Subaru, iaitu BRZ yang turut sama membuat aksi drift dengan WRX STI itu tadi.

 


Jentera yang dipandu oleh Travis Pastrana juga bukan calang-calang, memandangkan ia dibina oleh Subaru Motorsports USA dan Vermont SportsCar yang menampilkan enjin boxer 2.3 liter dengan penggunaan komponen seperti billet head, sistem tali sawat pemasaan berkembar, unit turbo yang lebih besar dan angka output 862 hp!

Kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi sekuential Sadev enam nisbah kelajuan.

Penampilan luaran WRX STI ini disumbangkan oleh kit badan lebar bespoke oleh Vermont SportsCar bertujuan untuk memaksimumkan aspek aerodinamik, terdiri daripada arca roda lebar, barisan sirip, splitter, sayap belakang boleh laras yang boleh digunakan untuk mengubah trajektori ketika 'terbang'.

Selain daripada itu, terdapat butang fungsi pada stereng untuk aksi muntahan percikan api dari sistem ekzos.

 


Sementara Subaru BRZ yang membuat penampilan itu dilihat berada di dalam keadaan standard kilang, dengan spesifikasi enjin 2.4 liter boxer yang menghasilkan 228 hp/249 Nm serta pilihan transmisi manual atau automatik enam nisbah kelajuan.

Video penuh boleh ditonton pada pautan YouTube di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak lain dan tidak bukan, sebuah Subaru WRX STI yang dimodifikasi secara ekstrem dengan bantuan…
Berita Global
Sebaliknya, peranan tersebut bakal diisi oleh seorang lagi pakar aksi lasak dua roda dan empat roda…
Berita Global
Dan nampaknya, Ken Block kini berminat terhadap Mustang generasi ketiga yang diproduksikan dari…