Gym khas Ford bantu uji prestasi Fiesta WRC

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang 'malas' bersenam, penggunaan treadmill di gym mungkin merupakan satu pilihan alternatif bagi mengeluarkan peluh tanpa perlu bergerak ke sana ke mari.

Akan tetapi, definisi 'malas' di sini tidak tertakluk kepada Ford.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Divisyen perlumbaan Ford, iaitu Ford Performance kini mempunyai satu cara terbaru bagi menguji keberkesanan rekaan aerodinamik jentera perlumbaan mereka. 

Penggunaan terowong angin yang terletak di North Carolina sebelum ini tidak banyak memberikan input berkenaan status aerodinamik jentera mereka.

Apatah lagi ketika kereta sedang di uji berada di dalam keadaan statik tidak bergerak.

 

 

Diinspirasikan idea daripada gym, mereka menggabungkan mesin treadmill ke dalam mesin terowong angin bagi membolehkan mereka menguji dengan lebih terperinci kesan aerodinamik terhadap daya turun (downforce) dan beban pesongan jentera di atas jalan. 

Ini lebih memudahkan jurutera perlumbaan di Ford menganalisis bagaimana kereta mampu beraksi ketika di dunia sebenar. 

Anda boleh saksikan bagaimana Ford Performance menjalankan 'ujikaji' mereka menggunakan treadmill khas untuk kereta pada video di bawah.

 

 

Sumber: Road and Track

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…