Pelanggan yang menempah model hatchback elektrik ORA Good Cat dalam warna terpilih bulan ini akan mendapat rebat sehingga RM20,000.
Untuk setiap pendaftaran yang berjaya sebelum 31 Disember 2023, pembeli ORA Good Cat berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM18,888, peranti pintar Honor X9b dan pakej perkhemahan di LuBar Camp.
GWM juga bekerjasama dengan ARTBOX Sunway Pyramid Open Carpark untuk menganjurkan majlis keraian pada 10-12 November dan 17-19 November 2023, bermula dari jam 3.00 petang hingga 11.00 malam.
Pengunjung ARTBOX pada tarikh dan masa yang disebutkan tadi berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah termasuklah baucar tunai RM2,000 dan barangan GWM.
Setakat ini, terdapat 8 pusat servis bertauliah GWM yang boleh didapati di Subang USJ (Superhub Auto Services Sdn Bhd), Kuala Lumpur (CS Kiara Auto Sdn Bhd), Puchong (Superhub Auto Services), Serdang (Kuro EV Sdn Bhd), Bangi (G-Mart Corporation Sdn Bhd), Seremban (Seremban Victory Credit Sdn Bhd), Pulau Pinang (CS Euro Auto Sdn Bhd), dan Kuching (YLH Autoworld Sdn Bhd).
Tiga lagi pusat 4S bakal dibuka di:
• Kuala Lumpur (Sungai Besi) - Yuan Hui Auto Sdn Bhd
• Kota Kinabalu - Seni Akasia Sdn Bhd
• Johor - Mjaya Sdn Bhd
GMW juga turut mencatatkan satu lagi pencapaian cemerlang dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB).
Kerjasama yang terbentuk itu bakal menyaksikan sebuah fasiliti pengeluaran (CKD) bakal didirikan di Melaka dan mampu memasang rangkaian produk SUV, trak pikap dan kenderaan elektrik GWM.