GWM Tank 300 terima 150 tempahan

oleh Firdaus Razani|
Great Wall Motor (GWM) Malaysia umum GWM TANK 300 berjaya mencapai 150 tempahan pra-pelancaran, dan ia menandakan sebuah permulaan yang mengagumkan bagi SUV ‘off-road’ ini di pasaran Malaysia.

Faktor reka bentuk menarik dan daya tarikan yang ditonjolkan oleh GWM TANK 300 menjadi penyumbang kepada kejayaan ini.

Sebagai sebuah SUV ‘off-road’, ia memenuhi setiap permintaan para pengguna di Malaysia yang mengidamkan sebuah kenderaan yang mampu merentasi pelbagai jenis permukaan, dari jalan raya di kawasan bandar hingga pelbagai laluan yang mencabar.

 

gwm

 

GWM TANK 300 dengan reka bentuknya yang lasak, ciri-ciri canggih, dan prestasinya yang diyakini adalah selari dengan kehendak mana-mana pelanggan.

Terutama sekali kepada mereka yang mengutamakan kualiti pengembaraan, ketahanan, dan kepelbagaian untuk kenderaan mereka.

 

gwm

 

Selain itu, 300 pelanggan pertama GWM TANK 300 akan menerima pakej istimewa daripada GWM, ini membuktikan keyakinan pihak GWM terhadap kualiti produknya, antaranya;

 

  1. Pakej perkhidmatan percuma selama 5 Tahun / 100,000 km, termasuk bahagian dan buruh, mana-mana yang terdahulu.

 

  1. Pemilik pertama GWM TANK 300 bakal memperolehi waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi dengan jarak perjalanan tanpa had.

 

  1. GWM Malaysia turut menyediakan hadiah misteri untuk 300 pemilik pertama ini, yang akan diumumkan semasa pelancaran rasmi nanti.

 

Sebagai sebuah jenama SUV ‘off-road’ nombor 1 di China, GWM TANK telah berjaya mendominasi lebih daripada 50 peratus pasaran SUV ‘off-road’ di China.

 

gwm

 

GWM TANK 300 turut memegang takhta sebagai juara SUV selama 40 bulan berturut-turut, dan telah mencapai jumlah jualan lebih daripada 400,000 unit di peringkat global.

Pelanggan yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai GWM TANK 300, boleh lawati https://www.gwm.com.my/TANK300.html hari ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menggunakan kerangka "ladder-frame" seperti sebuah SUV sejati atau trak pikap, Tank 300 juga hadir…
Berita Domestik
SUV ‘off-road’ yang bercirikan lasak dan mewah ini bakal membuat penampilan pertamanya sebagai…
Berita Domestik
GWM Malaysia turut mengumumkan bahawa model itu akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun ini…