GWM Tank 300 bakal dilancarkan secara rasmi pada Julai

oleh Firdaus Razani|
Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan model SUV off-road, GWM TANK 300 telah tiba di Pelabuhan Klang dan dijadualkan bakal dilancarkan pada pertengahan Julai.

Dalam masa yang sama, GWM menjangkakan akan mula membuat penghantaran pada pelangaan SUV off-roaf, Tank 300 ini.

GWM TANK 300 terkenal sebagai salah satu jenama SUV off-road terbaik di dunia dan telah diiktiraf sebagai juara SUV off-road selama 41 bulan berturut-turut di China.

 

gwm

 

Selain tampil dengan bahagian luar yang lasak dan dalaman yang canggih, kenderaan itu juga telah memperoleh pensijilan keselamatan 5 bintang daripada ANCAP.

Sebagai pendatang baharu dalam kancah automobil Malaysia, ia bersedia untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap sebuah off-roader dengan ciri-ciri mewah dan pintarnya.

 

gwm

 

Sebagai tanda penghargaan, GWM turut menawarkan 300 pelanggan pertama GWM TANK 300 dengan lima tahun ATAU 100,000km pakej penyelenggaraan percuma, yang mana dahulu.

Selain itu, pemilik pertama GWM TANK 300 akan menerima waranti Enjin dan Transmisi seumur hidup dengan perbatuan tanpa had dan pada hari pelancaran rasmi, pelanggan ini juga akan menerima ganjaran misteri.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi “Kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kualiti produk kami, dan kami mahu pemilik kami berasa yakin sama, dan yakin tentang komitmen kami terhadap mereka.

 

gwm

 

“Oleh itu, kami menawarkan waranti seumur hidup perbatuan tanpa had untuk Enjin & Transmisi kepada 300 pemilik pertama kami. " tambahnya

Menurut beliau “Seperti biasa, menyampaikan perkhidmatan dan ganjaran yang luar biasa telah menjadi salah satu amalan teras GWM untuk memaksimumkan kepuasan dan kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami."

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan untuk GWM TANK 300 boleh layari;

https://www.gwm.com.my/TANK300.html.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai sebuah SUV ‘off-road’, ia memenuhi setiap permintaan para pengguna di Malaysia yang…
Berita Domestik
Menggunakan kerangka "ladder-frame" seperti sebuah SUV sejati atau trak pikap, Tank 300 juga hadir…
Berita Domestik
SUV ‘off-road’ yang bercirikan lasak dan mewah ini bakal membuat penampilan pertamanya sebagai…