GWM Ora Good Cat kini dengan warna Pistachio Green

oleh Danial Yasin Suhaimi|
GWM Malaysia telah menambah satu lagi warna baharu bagi model EV Ora Good Cat, iaitu Pistachio Green yang kini sedang dipamerkan di pertunjukan jalanan mereka di pusat beli-belah Sunway Velocity.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna Pistachio Green hanya tersedia untuk varian 500 Ultra, dimana dalamannya pula berkonsepkan dua tona iaitu hijau-kuning air.

 

2

 

Gabungan menarik kedua-dua warna itu menghasilkan ruang dalaman tampak tenang sekaligus membuatkannya kelihatan segar dan anggun.

Menambahkan lagi ciri menarik di dalamnya ialah tempat letak tangan corak tapak kaki kucing ditengah tempat duduk, serta penutup lubang penghawa dingin berwarna oren terang, serta stereng hijau pistachio dan kuning air.

 

3

 

Tempat duduk hadapan dan belakang jugadihiasi dengan corak Houndstooth yang bergaya menambahkan lagi sentuhan keanggunan, bersama kusyen luar direka dengan hiasan halus oren terang.

Dari segi spesifikasi, tiada perubahan yang dibawakan dimana varian 500 Ultra dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang dipadankan bersama bateri Ternary Lithium 63.129 kWj, menghasilkan 143 PS dan 210 Nm dengan 500 km jarak gerak.

 

4

 

Penawaran harga juga masih sama iaitu 400 Pro dengan harga RM 139,800 dan model 500  Ultra dengan harga RM 169,800.

Sempena pengenalan warna baharu tersebut, 20 unit telah habis dijual.

Untuk pembeli yang berminat dengan Ora Good Cat ini, mereka boleh layari laman web GWM atau terus hubungi pusat panggilan GWM ditalian 1800-18-2882.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
ORA Good Cat yang kini hadir dalam tujuh pilihan warna dijual dengan harga baharu yang dijual…
Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…