GWM Malaysia tawar hadiah percutian sempena bulan Kemerdekaan

oleh Firdaus Razani|
Sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Great Wall Motor (GWM) Malaysia menyemarakkan semangat patriotik dengan tawaran 'Merdeka Exclusive Book & Win’ dari 15 Ogos hingga 30 September 2024 kepada para pelanggan yang dihargai.

Pemilik kenderaan elektrik (EV) GWM ORA yang bertuah berpeluang untuk memenangi baucar percutian mewah bernilai setinggi RM30,000 ke mana-mana destinasi baharu dengan bergaya.

GWM Malaysia menawarkan peserta peluang untuk melakar memori indah dan merealisasikan percutian yang diidamkan.

Cara Penyertaan:

Untuk melayakkan diri, kunjungi mana-mana pengedar rasmi GWM Malaysia untuk menempah dan mendaftarkan GWM ORA GOOD CAT atau GWM ORA 07 sebelum 31 Oktober 2024, setiap pemilik berpeluang memenangi cabutan bertuah ini.

 

Hadiah yang menanti:

GWM Malaysia menawarkan sebanyak lapan hadiah untuk tawaran tersebut.

● Hadiah Utama: Baucar Percutian bernilai RM7,500 (1 Pemenang)

● Hadiah Kedua: Baucar Percutian bernilai RM5,000 (2 Pemenang)

● Hadiah Ketiga: Baucar Percutian bernilai RM2,500 (5 Pemenang)

 

Di samping itu, GWM Malaysia turut berbangga untuk mempamerkan ciri-ciri moden untuk model GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.

Kenderaan elektrik ini direka khas dengan teknologi terkini yang bukan sahaja menawarkan pengalaman pemanduan mesra alam tetapi juga memberikan keselesaan dan prestasi yang tiada tandingan.

GWM ORA GOOD CAT terkenal dengan reka bentuk retro-futuristik, jarak pemanduan yang mengagumkan, dan ciri-ciri keselamatan terkini yang menjadikannya pilihan ideal untuk pemandu dengan gaya hidup moden.

Sementara itu, GWM ORA 07 pula menggabungkan kejuruteraan inovatif dengan ruang dalaman mewah yang menjanjikan perjalanan yang lancar dan penuh bergaya. 

Kedua-dua model ini hadir dengan pakej waranti komprehensif daripada GWM Malaysia.

Komitmen yang tinggi terhadap kualiti dan kebolehpercayaan memastikan setiap pelanggan dapat menikmati kenderaan elektrik GWM ORA mereka dengan ketenangan dan perlindungan yang sepenuhnya.

 

ora
Ora Good Cat

 

Pakej waranti untuk GWM ORA GOOD CAT menawarkan:

● Jaminan Bateri Kuasa hingga 8 tahun/180,000 km

● Jaminan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km

● Jaminan Unit Kawalan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km

● Jaminan Kenderaan hingga 5 tahun/150,000 km (kecuali bahagian yang Haus dan Lusuh)

● Penggantian Pek Bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70%)

● Jaminan Perlindungan Karat dan Hakisan hingga 12 tahun.

 

ora
Ora 07

 

Manakala GWM ORA 07 didatangkan dengan:

● Jaminan Bateri Kuasa hingga 8 tahun/180,000 km

● Jaminan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km

● Jaminan Unit Kawalan Motor Elektrik hingga 8 tahun/180,000 km

● Jaminan Kenderaan hingga 6+2 tahun/180,000 km*

● Penggantian Pek Bateri ‘1-to-1’ (keadaan pengecasan (SOH) bateri jatuh di bawah 70%

● Jaminan Perlindungan Karat dan Hakisan hingga 12 tahun

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama Strategik GWM dan EPMB Operasi CKD di Melaka menjadi bukti keyakinan GWM terhadap…
Berita Domestik
Rupa depan Haval Raptor menampilkan gaya kotak dengan identiti rugged yang jelas. Gril besar…
Pelancaran
Prestasi dan Varian ORA Good Cat kini hadir dengan dua pilihan utama yang masing-masing menepati…