GWM Malaysia serah EV Ora Good Cat kepada YB Tengku Zafrul untuk siri pandu uji

oleh Danial Yasin Suhaimi|
GWM Malaysia menerusi pengarah jualannya, Denny Liu baru-baru ini telah menyerahkan sebuah EV Ora Good Cat kepada Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz bagi tujuan pandu uji tambahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jabatan yang berkaitan di bawah MITI akan mengkaji corak penggunaan harian kereta elektrik itu, dimana inisiatif tersebut bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan kenderaan elektrik selari dengan keutamaan semasa.

Dalam rancangannya baru-baru ini untuk mendorong pasaran EV, Tengku Zafrul berkata bahawa kerajaan menyasarkan untuk menarik RM20 bilion pelaburan EV menjelang 2025.

Sebagai salah satu hab pembuatan elektrik dan elektronik terkemuka di ASEAN, Malaysia mempunyai potensi yang kukuh, dasar NAP yang menyokong dan ekosistem EV sedia ada, yang menjadikan Malaysia pasaran ideal untuk pembangunan industri EV yang mampan.

 

2

 

GWM Malaysia, melalui EV utamanya, Ora Good Cat komited untuk menyokong usaha kerajaan Malaysia bagi menjadi negara gas rumah hijau bersih-sifar pelepasan.

Presiden GWM, Elliot Zhang turut berkata bahawa kerjasama strategik dengan kerajaan Malaysia akan membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan dan penyelesaian penggunaan pengangkutan mampan di rantau ini.

GWM sebelum ini juga telah mengumumkan komitmennya untuk mempromosikan kelestarian penyelesaian mobiliti di Malaysia dan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memperkenalkan kenderaan yang lebih mesra alam ke pasaran.

Pada awal bulan ini juga, GWM Malaysia telah menyerahkan sebuah EV Ora Good Cat 500 Ultra kepada kepada Ketua Setiausaha MITI, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak untuk menjalankan sesi pandu uji selama beberapa bulan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
GWM ORA 07 didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu varian Long Range Ultra dengan pacuan roda…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…