GWM Malaysia hantar kumpulan pertama Ora Good Cat kepada pelanggan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Seperti dijanjikan oleh pihak GWM Malaysia, mereka telah menghantar kumpulan pertama Ora Good Cat kepada pemilik barunya serentak dengan musim perayaan yang tiba.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Sempena meraikan penghantaran kumpulan pertama EV tersebut di samping menyambut musim perayaan yang tiba, pihak GWM telah menyediakan pakej penghantaran istimewa untuk pelanggan mereka.

 

2

 

Semua pelanggan yang melakukan pra-tempah semasa pelancarannya pada 28 November telah menerima kejutan istimewa melalui penghantaran terus ke pintu rumah.

Ora Good Cat tersebut telah diletakkan di dalam sebuah bekas seakan kotak hadiah besar dan dibawa di sekitar kawasan Lembah Klang untuk menarik perhatian orang ramai sebelum dihantar pada pemiliknya.

 

3

 

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui berkata, “Kami berbangga kerana telah menghantar kumpulan pertama Ora Good Cat, kereta elektrik pertama GWM kepada pelanggan Malaysia kami."

"Sebanyak mana kami menghargai pelanggan, kami berharap mereka menikmati penghantaran kejutan Ora Good Cat sebagai 'hadiah percutian' gergasi ke depan pintu mereka!"

 

3

 

"GWM amat berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan pelanggan, dan ini menandakan pencapaian pertama GWM dalam membawa masuk tenaga baharu, kecerdasan baharu dan pengalaman baharu kepada pengguna Malaysia.”

Ora Good Cat merupakan EV pertama GWM untuk pasaran Malaysia, dan mereka telah merancang untuk membawa 9 lagi model dalam masa 3 tahun akan datang.

 

5

 

GWM juga akan memulakan pemasangan secara tempatan (CKD) bermula tahun 2023, dalam masa yang sama GWM telah membuka pusat pengedar 'Superhub' pertama mereka bertempat di Puchong.

 

Baca: Ora Good Cat

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Domestik
Pelanggan yang menempah model hatchback elektrik ORA Good Cat dalam warna terpilih bulan ini akan…
Berita Global
Perlantikan Vudhigorn amat penting dalam memupuk pertumbuhan perniagaan GWM dalam pasaran utama…