GWM lancar Cannon premium dengan enjin 2.4L diesel

oleh HEZERI SAMSURI|
GWM telah melancarkan varian baharu trak pikap Poer atau Cannon yang jauh lebih premium dan dengan enjin yang lebih berkuasa.

Datang dalam beberapa varian, ia dilengkapi dengan enjin 2.4L turbodiesel yang mampu menghasilkan 181hp dan 480Nm, peningkatan sebanyak 20 peratus dari enjin 2.0L turbodiesel yang ada sekarang.

Cannon baharu itu juga menggunakan transisi 9-kelajuan automatik yang dihasilkan sendiri oleh GWM. 

Ciri-ciri istimewa pikap itu ialah ia boleh dilengkapkan dengan tangki bahan api tambahan sebesar 53 liter bagi memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh (tangki standard ialah sebesar 78 liter).

Ia juga mempunyai tiga "differential lock" dari BorgWarner (depan, tengah dan belakang) dan kabin yang luas untuk keselesaan penumpang (panjang keseluruhan Cannon ini ialah 5.4 meter dengan lebar hampir 2 meter).

 

 

Tempat duduk belakang boleh digerakkan menggunakan elektrik (yang pertama di dunia) dan kadar senyap kabin juga didakwa antara yang terbaik di dalam pasaran trak pikap global.

Varian hibrid dengan teknplogi Hi4-T turut diperkenalkan. Varian mewah juga diberikan sistem gantungan "multi-link" di belakang untuk menjamin keselesaan penumpang.

Harga yang diumumkan semasa pelancaran kelmarin ialah bermula dari 178,800 Yuan (RM109,000) dan meningkat ke 249,800 Yuan (RM152,000).

GWM tidak memberi kepastian samada ia akan dibawa masuk ke Malaysia dalam masa terdekat atau tidak. Di bawah ialah gambar-gambar trak tersebut di Pameran Auto Chengdu (Chengdu Motor Show) yang sedang berlangsung sekarang.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
GWM mengesahkan enjin V8 ini direka untuk digabungkan bersama sistem PHEV, sekali gus menunjukkan…
Berita Global
Pendedahan Oleh Jurutera Kanan GWM Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Jurutera casis drive-by-wire…
Berita Global
Kapasiti bahan api luar biasa untuk pemanduan jarak jauh Haval H9 Crossing Edition dilengkapi dua…