GWM BUKA PUSAT SERVIS 4S PERTAMA DI SARAWAK

oleh Hamimah Hamid|
GWM Malaysia dengan kerjasama rakan kongsi pengedar YLH Autoworld Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan pembukaan rasmi pusat servis 4S bagi jenama itu.

Pusat servis tersebut berlokasi di Jalan Mendu, Kuching, Sarawak dan merupakan pusat servis 4S yang pertama dibuka di Malaysia Timur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis pelancaran pembukaan pusat servis 4S GWM telah dihadiri tetamu kehormat Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, T.Y.T Xing Wei Ping.

 

Turut menghadiri majlis pelancaran ialah Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai.

 

Kehadiran mereka menjadi penanda aras penting bagi GWM dalam memperluaskan rangkaian pengedarnya dan memacu penggunaan NEV yang lebih pantas di kawasan serantau.

 

 "Bilik pameran Kuching berperanan sebagai penghubung penting antara Great Wall Motor (GWM) dan Kuching, Sarawak dalam usaha memperluaskan capaian kepada lebih ramai pengguna di Malaysia Timur.

 

"Ia akan menyediakan rangkaian pilihan produk yang lebih luas, dan memastikan perkhidmatan yang unggul." ujar Cui Anqi.

 

Beliau turut menggariskan visi GWM untuk tahun yang akan datang dengan meperluaskan rangkaian saluran dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur. 

 

Pada bulan Oktober tahun ini, GWM mengukuhkan pelan kerjasama untuk pemasangan tempatan CKD dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB). 

 

"Pilihan produk kami akan menjalani pengembangan pantas pada tahun hadapan menerusi pengenalan model kompetitif secara berturut-turut untuk memenuhi keperluan pelanggan Malaysia kami yang semakin berkembang." uarnya lagi.

 

Dengan keluasan 1,700 meter persegi, pusat servis 4S Kuching menawarkan perkhidmatan jualan, servis, penyelenggaraan, dan alat ganti.

 

Kemudahan bilik pameran yang dibina pula berkeluasan 550 meter dan mampu untuk menpamerkan pelbagai model GWM di ruang pameran tersebut.

 

Manakala ruang bengkel pusat servis pula, ia berkeluasan 492 meter persegi dengan 10 ruang kerja dan 2 ruang basuh kereta.

 

Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web GWM Malaysia www.gwm.com.my atau pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran GWM baharu di Kuching.

 

Penulis: Firdaus Razani