Guru maut kereta bertembung van ketika balik kampung

oleh Qalif Latif|
Hajat seorang guru untuk pulang ke kampung tidak kesampaian apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van di Batu 8, Jalan Raya Timur Barat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.09 petang itu, mangsa, Wan Nurfarihin Wan Zamri, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian dalaman badan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohammad Asraf Mat Nazi berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika mangsa yang memandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari Perak menuju ke kampung halamannya di Tumpat.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dipercayai bertembung dengan van jenis Toyota Hiace yang datang dari arah bertentangan.

Akibat perlanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu, manakala pemandu van berusia 63 tahun yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Pulau Pinang hanya mengalami kecederaan ringan.

Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa sebelum wanita itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Bagi tangkapan sebelum ini, (suspek) diberikan jaminan polis (selepas selesai tempoh reman). "…
Berita Domestik
Menurutnya, kereta terbabit dipandu secara laju dan melulu bersama sebuah lagi Mercedes Benz A250…
Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah. "Lelaki warga emas itu dibebaskan…