Guru ditahan lumba haram bawa R1

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang guru sekolah menengah berusia 25 tahun ditahan di Georgetown, Pulau Pinang jam 2 pagi semalam atas tuduhan menyertai lumba haram.

Guru tersebut yang menunggang motosikal Yamaha YZF R1 ditahan berhampiran medan selera simpang Jalan Kampung Jawa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Turut ditahan ialah seorang tukang masak berusia 31 tahun yang menunggang jentera Aprilia RSV4.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan, guru tersebut masih lagi dalam tempoh percubaan dan sedang mengajar di sebuah sekolah di Daerah Timur Laut.

Kedua mereka negatif ujian dadah dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kertas siasatan kes akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan seterusnya.

Keduanya ditahan ketika Ops Samseng Jalanan yang memberi tumpuan kepada aktiviti lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

"Litar" itu bermula dari lampu isyarat lebuhraya tersebut menuju ke Jalan Kampung Jawa sehingga ke lampu isyarat medan selera Seagate sebelum berpatah balik.

Mungkin sudah tiba masanya satu lagi litar dibina di kawasan utara agar penunggang-penunggang ini boleh melampiaskan nasfu sarakah ke atas jentera-jentera mereka.

* Berita asal dari Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…