Guru besar maut angkara pemandu positif dadah

oleh Mohamad Hanif|
Guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh oleh sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 12 Jalan Pasir Puteh - Machang - Grik di sini pada Jumaat, lapor Sinar Harian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala dalam kejadian jam 4.30 petang itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian seorang pemandu wanita berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh.

"Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun yang berada dibelakangnya telah hilang kawalan lalu melanggar kereta wanita terbabit di bahagian sisi kiri.

"Akibat pelanggaran itu, menyebabkan kereta dipandu wanita berkenaan hilang kawalan dan telah memasuki laluan bertentangan serta merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, dipercayai wanita terbabit tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan mereka bertembung.

Ujarnya, tangkapan telah dibuat terhadap lelaki berkenaan yang merupakan pemandu lori bagi melakukan siasatan lanjut.

Zaizul Rizal memberitahu, hasil pemeriksaan air kencing terhadapnya mendapati dia positif methampetamine.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kejadian dipercayai berlaku…
Kereta
Sebenarnya, orang kita ini biasa dengan Volvo. Zaman-zaman ayah saya, Volvo ini lebih popular di…