Gurkha LAPV untuk dijual - RM1.6 juta!

oleh Mohamad Hanif|
SUV yang besar gedabak ini lebih dikenali sebagai Gurkha yang dihasilkan oleh Terradyne Armored Vehicles, berpengkalan di Ontario, Kanada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terradyne Gurkha ini telah pun berada di dalam produksi sejak tahun 2011 di mana ia telah pun digunakan oleh pasukan penguatkuasa dan agensi kerajaan di seluruh dunia, seperti contoh di Kanada, Libya, Nigeria, Qatar, Singapura, Arab Saudi dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Malah dalam budaya popular, SUV Gurkha ini merupakan kenderaan rasmi yang digunakan oleh watak Hobbs di dalam Fast Five sebelum beralih kepada kenderaan Navistar NXT pada filem berikutnya.

 


Anda kini berpeluang untuk memiliki Gurkha ini menerusi satu iklan yang muncul di laman Facebook, di mana penjual mendakwa Gurkha ini telah dinaiktaraf dengan kelengkapan dan lapisan perlindungan spesifikasi tentera oleh Phoenix Coatings.

Selain itu, ia juga turut mendapat tayar run-flat, sistem suspensi jenis long-travel daripada Icon bernilai $27,500 (RM113,850), kaca setebal tiga inci dan bermacam penambahbaikan bernilai $11,000 yang merangkumi kemasan ruang kabin dan sistem bunyi.

 


Gurkha LAPV ini menggunakan asas daripada Ford F-550 XL yang didatangkan dengan enjin diesel turbo V8 6.7 liter yang menghasilkan 400 kuasa kuda dan daya kilas 1,356 Nm, dan memiliki jarak perbatuan sekitar 6,598 km sahaja.

Sebagai sebuah jentera berperisai, Gurkha memiliki spesifikasi B7 armor plating yang mampu bertahan di bawah serangan peluru berkaliber .308 pada jarak 18 meter tanpa sebarang kerosakan yang nyata.

 


Harga yang diminta untuk sebuah Gurkha terpakai ini bermula dari $385,000 (RM1,593,900),

Sumber: Facebook