Guna Touch ‘n Go eWallet untuk bayar parkir di lima daerah

oleh SALINA JALIL|
Touch ‘n Go eWallet kini menyediakan kemudahan pembayaran tempat letak kereta ‘street parking’ di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Subang Jaya, Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Kuala Langat Selangor dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Walaupun kemudahan pembayaran ‘street parking’ sudah dilaksanakan di lima daerah tersebut, Touch ‘n Go eWallet kini sedang bekerjasama dengan majlis perbandaran lain di seluruh Malaysia untuk menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran tempat letak kereta di masa akan datang.

 

Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd berkata, “Dengan kemudahan baharu ini, pengguna kini boleh berurusan dengan selesa kerana dapat mengurangkan pengendalian tunai dan masa menunggu untuk mencari mesin pembayaran letak kereta.”

 

Touch ‘n Go eWallet juga sedang menganjurkan dua promosi berterusan untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang menggunakan kaedah tanpa tunai dan membuat pembayaran tempat letak kereta menerusi ciri ‘street parking’.

 

Kempen Pulangan Tunai RM3

  • Mulai sekarang hingga 31 Disember 2019, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM3 apabila menggunakan ciri ‘street parking’.
  • Promosi ini terhad kepada lima (5) pulangan tunai sahaja (jumlah terkumpul maksimum adalah sehingga RM3.00) setiap bulan bagi setiap pengguna sepanjang tempoh promosi. Pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun Touch ‘n Go eWallet pengguna dalam tempoh 3 hari bekerja.

 

Kempen Cabutan Bertuah

  • Mulai sekarang hingga 22 Disember 2019, para pengguna berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ‘Park & Win’ apabila menggunakan ciri ‘street parking’ sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tempoh promosi.
  • Pengguna yang layak juga berpeluang memenangi dua tiket Tayangan Perdana TGV untuk menonton mana-mana filem! Hadiah termasuk satu kombo popcorn di TGV Cinemas.
  • Pemenang akan dipilih secara rawak dan para pengguna hanya perlu memastikan kriteria di atas dipenuhi. Sebanyak 20 pemenang akan diumumkan setiap minggu melalui laman web rasmi TNG eWallet dan/atau media sosial iaitu Facebook.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC…
Berita Domestik
Ia juga diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 Majikan Siswazah Paling Diutamakan Secara…
Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjelaskan ia merupakan inisiatif awal…