Guna telefon bimbit ketika memandu, sama seperti pemandu mabuk

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap hari, ada sahaja berita di televisyen, internet dan surat khabar yang melaporkan mengenai kes kemalangan jalan raya. Apa yang pasti, kemalangan boleh berlaku disebabkan masalah teknikal dan ada juga yang berpunca dari kecuaian pemandu itu sendiri.

 

Kadang kala kita sebagai pemandu sudah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemalangan dan memastikan keselamatan, tapi kita tak boleh lari dengan pemandu-pemandu lain yang suka buat hal dan membahayakan nyawa pengguna yang lain. Walaubagaimanapun, ramai tidak sedar ada perkara lain yang menyumbang kepada kejadian kemalangan jalan raya.

 

 

Menurut National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) yang merupakan bahagian daripada U.S. Transportation Department, gangguan ketika pemanduan adalah apa-apa aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian seseorang daripada menumpukan perhatiannya kepada pemanduan.

 

Bukan sahaja tabiat membalas mesej dan membuat panggilan telefon merupakan perkara yang mengganggu pemanduan, malah aktiviti seperti makan dan minum, merokok, menggunakan sistem navigasi, menukar siaran radio, menukar suhu pendingin hawa, menambah gincu bagi kaum hawa, betulkan tudung juga antara faktor yang boleh menggangu kosentrasi pemandu.

 

Terdapat tiga jenis gangguan yang diklasifikasikan oleh pakar trafik: Manual, visual dan kognitif.

 

 

 

  • Gangguan manual berlaku apabila pemandu mengalihkan tangan dari stereng ataupun gear ketika mengedalikan kenderaan. Sebagai contoh, anda mengambil botol air dari tempat pemegang bekas minuman.

 

  • Gangguan visual berlaku apabila fokus penglihatan pemandu tidak lagi ke arah jalan raya. Sebagai contoh, anda mengalihkan pandangan mata ke arah air minuman yang tertumpah di lantai.

 

  • Gangguan kognitif pula berlaku apabila anda berkhayal, fikiran melayang-layang dan tidak lagi menumpukan perhatian kepada pemanduan. Mungkin kita berfikir tentang hidangan apa yang isteri masak di rumah ataupun berangan-angan mahu bercuti di negara langit bersama suami tercinta. Ini juga di anggap sebagai gangguan kognitif.

 

Jika anda cuba fahamkan secara mendalam jenis-jenis gangguan ketika pemanduan, anda akan menyedari bahawa jika anda menggunakan telefon bimbit ketika memandu, ia meliputi kesemua jenis gangguan yang telah dinyatakan di atas.

 

Kajian yang dijalankan oleh David Stayer dari University of Utah mendapati bahawa bercakap melalui telefon bimbit menambah risiko kemalangan sebanyak empat kali ganda yang menyamai risiko memandu ketika mabuk. Risiko kemalangan akan bertambah lapan kali ganda sekiranya pemandu membalas mesej ataupun Whatsapp.

 

Menghantar ataupun menerima mesej mengganggu tumpuan pemandu sekitar lima saat, dan pada kelajuan normal di lebuh raya, kenderaan anda seolah-olah bergerak tanpa kawalan dalam lingkungan jarak 90 meter.

Kepada yang suka menggunakan telefon bimbit ketika memandu, sila tinggalkan tabiat buruk yang boleh mengancam nyawa orang lain. Jangan main telefon semasa memandu, berikan fokus sepenuhnya ketika memandu dan jika anda terpaksa menjawab panggilan atau membalas mesej, sila berhentikan kenderaan di tempat yang selamat.

 

Diambil dari  https://www.enddd.org/the-facts-about-distracted-driving/

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Meletakkan telefon di atas riba semasa memandu adalah amalan yang mudah dan biasa di Malaysia,…
Berita Global
Menurut kajian yang dijalankan oleh Hyundai UK terhadap 2,000 orang, mereka mendapati pengguna…