Guna teknologi 4G LTE - syarikat telekomunikasi tuntut bayaran dari Honda, Toyota dan Nissan

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam dunia sekarang di mana teknologi kenderaan semakin dipenuhi dengan teknologi perhubungan.

Sebanyak 48 syarikat teknologi telekomunikasi dunia, termasuk Nokia dari Finland, pembuat cip US, Qualcomm dan juga NTT dari Jepun telah meminta Toyota, Honda dan Nissan membayar fi paten hakcipta untuk komponen yang digunakan dalam kesinambungan kenderaan kepada internet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita dari Nikkei Asia itu seterusnya melaporkan bahawa sebuah syarikat US, Avanci akan mengetuai perbincangan antara syarikat-syarikat telekomunikasi dan
kenderaan itu mnegenai fi hak cipta yang perlu dibayar untuk standard komunikasi LTE (4G).

Ketiga-tiga syarikat automotif Jepun itu diminta untuk membayar sebanyak US$15 untuk sebuah kenderaan, tidak kira samada pemilik kenderaan itu menggunakan teknologi LTE itu atau tidak.

Avanci juga mengumpulkan pelanggan-pelanggan yang lain, termasuk Nokia, Ericson dan Philips dari Eropah serta NTT, Sony, Panasonic dan Sharp dari Jepun untuk menjadikan sebanyak 48 syarikat yang menuntut bayaran fi itu dari ketiga-tiga syarikat automotif Jepun.

Kesemua 48 syarikat itu memegang hampir 70 peratus dari hakcipta yang diperlukan untuk perkhidmatan asas 4G.

Jika tuntutan itu berjaya, 48 syarikat itu akan menerima habuan sehingga 20 bilion yen setahun dari syarikat-syarikat kenderaan Jepun.

*Berita penuh di Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, firma tersebut sedang berbincang untuk menguasai pegangan di…