Guna perisian tipu data emisi: Mercedes, Porsche, Nissan didenda kerajaan Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Alam Sekitar Korea Selatan mengenakan denda serta memfailkan aduan jenayah terhadap tiga pengeluar iaitu Mercedes-Benz, Nissan dan Porsche setelah mendapati terdapat penipuan data emisi kenderaan diesel yang dijual di negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kira-kira 14 buah model kenderaan diesel yang dijual antara tahun 2012 sehingga 2018 didapati dilengkapi dengan perisian haram bagi mengaburi pihak berkuasa.

Mercedes-Benz Korea Selatan dikenakan denda yang terbesar setakat ini, dengan nilai 77.6 billion won (RM274 juta), manakala Porsche Korea dan Nissan Korea masing-masing mencatatkan jumlah denda bernilai 1 billion won (RM3.5 juta) dan 900 ribu won (RM3.2 juta).

Nilai denda yang dikenakan terhadap Mercedes-Benz Korea adalah yang paling tinggi setakat ini dan berjaya mengenepikan jumlah denda yang dikenakan terhadap Audi Volkswagen Korea pada November 2015, iaitu sebanyak 14.1 billion won (RM49.71 juta)

Daripada 37,154 buah model Mercedes yang terjejas termasuklah C 200 d, GLC 220 d 4MATIC, GLC 250 d 4MATIC dan ML 250 BlueTEC 4MATIC, diikuti 2,293 unit Nissan Qashqai dan 934 unit Porsche Macan S Diesel.

Sesetengah model Mercedes-Benz yang diuji menjana kira-kira 13 kali lebih kandungan NOX berbanding had standard 0.08g/km manakala Qashqai dan Macan masing-masing menjana 10 dan 1.5 kali berbanding had standard.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model crossover EV tersebut mendapat kelebihan daripada kemas kini luaran dan dalaman, pek bateri…
Berita Global
Akhbar rasmi Pyongyang, Korean Central News Agency melaporkan Kim telah dihadiahkan sebuah kereta…
Berita Global
Menurut data daripada penyelidik yang berpangkalan di Seoul, Carisyou dan Kementerian Perdagangan…