Guna peranti pintar ketika memandu di Jepun? Denda sehingga RM11 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, adalah lebih mudah untuk anda menggunakan sistem pengangkutan awam daripada membeli dan memandu kenderaan sendiri di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada faktor ketepatan masa yang boleh dikira dalam beberapa saat, jaringan pengangkutan awam yang lebih meluas memudahkan anda untuk pergi ke mana-mana yang anda inginkan dengan hanya merujuk kepada peta yang berselirat itu. 

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa walaupun Jepun mempunyai sistem pengangkutan awam yang terbaik, Jepun juga mempunyai undang-undang jalan raya yang sangat ketat?

Tidak percaya? 
 

1. Guna peranti pintar - denda ¥300,000 (RM11,337)!


Bermula Disember 2019, undang-undang yang lebih ketat telah diperkenalkan bagi menghalang pemandu kereta daripada menggunakan peranti pintar. 

Bukan setakat menggunakan peranti pintar, anda menjenguk seketika skrin telepon juga berkemungkinan besar menyebabkan poket anda bocor sebanyak ¥18,000 (RM680).

Sistem mata demerit di Jepun juga lebih ketat, di mana anda hanya memerlukan enam mata untuk membolehkan lesen anda digantung maksimum enam bulan. 

Dan kesalahan menggunakan peranti pintar? Enam mata! Ya, hanya kerana menggunakan peranti pintar, lesen anda boleh digantung selama enam bulan. 

Pembaharuan terhadap sistem mata demerit ini berpunca daripada kenaikan kadar kemalangan akibat penggunaan peranti pintar. 

Menurut akhbar Asahi Shimbun, terdapat 2,790 kes kemalangan dilaporkan  dan 42 kes kematian disebabkan pemandu leka menggunakan peranti pintar pada tahun 2018, dan menurun kepada 2,237 kes kemalangan dan 30 kematian pada tahun lalu. 

 

2. Tunggang basikal di lorong pejalan kaki sebenarnya salah!

sumber gambar: The Verge

Ini mungkin satu perkara yang mengejutkan kerana basikal juga merupakan salah satu pengangkutan yang popular di Jepun.

Namun, lorong pejalan kaki sememangnya dikhaskan untuk pejalan kaki, melainkan sekiranya ada papan tanda yang membenarkan di beberapa lokasi. 

Had laju yang dibenarkan cuma 10 km/j sahaja, dan tidak cukup dengan itu, berikut merupakan denda yang dikenakan berdasarkan kesalahan:

  • Memboncengkan penumpang - ¥20,000 (RM756)
  • Guna peranti pintar - ¥50,000 (RM1,889)
  • Menggunakan payung - ¥50,000 (RM1,889)
  • Tidak menyalakan lampu - ¥50,000 (RM1,889)
  • Mendengar lagu menerusi headphone - ¥50,000 (RM1,889)

Lebih menyakitkan, sekiranya anda ditangkap melakukan kesalahan yang serupa dua kali dalam masa dua tahun, anda wajib mengambil kembali kelas undang-undang trafik sekali lagi!

 

3. Tunggang basikal ketika mabuk

sumber: Instagram Lee Chapman

Tunggang basikal ketika mabuk mungkin tidak akan mengakibatkan kes kemalangan yang serius, tidak seperti kereta. 

Ramai yang anggap sedemikian, namun tidak di Jepun. 

Jika sabit kesalahan, anda mungkin akan merengkok di dalam penjara selama lima tahun dan denda maksimum ¥1 juta (RM37,789). 

Tidak seperti negara lain, basikal masih dianggap sebagai salah sebuah kenderaan ringan, dan masih mampu mencatatkan angka kematian atau kecederaan yang menakutkan. 

Berdasarkan data daripada National Police Agency, terdapat 5,776 kanak-kanak yang terbunuh atau tercedera akibat kemalangan dan 34 peratus daripadanya berpunca daripada penunggang basikal!

 


Di Jepun, terdapat dua jenis insurans iaitu Compulsory Automobile Liability Insurance (CALI) dan Voluntary Automobile Insurance.

CALI merupakan insurans mandatori yang melindungi pihak ketiga di dalam sesuatu kemalangan. Sekiranya anda didapati bersalah, CALI tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan diri sendiri, kenderaan dan kerosakan harta benda. 

Manakala Voluntary Automobile Insurance merangkumi kesemua aspek di dalam CALI dengan beberapa opsyen perlindungan tambahan seperti perlindungan terhadap diri sendiri, kerosakan kenderaan, kecurian, dan sebagainya. 

Jadi, adalah penting jika anda mendapatkan perlindungan insurans tidak kira sama ada anda memiliki kereta mahupun basikal di Jepun. 
 

4. Melintas ketika lampu merah? Denda RM1,889 dan penjara tiga bulan!


Situasi ini sebenarnya terpakai ketika anda sedang berada di tengah bandar pada jam 2 pagi dan tiada kenderaan yang sedang melalui jalan raya. 

Jadi, adalah lebih baik jika anda mematuhi peraturan lampu merah sebelum pihak polis datang kepada anda dan menawarkan penginapan di dalam lokap selama tiga bulan dan denda sebanyak ¥50,000 (RM1,889). 

Rasa beruntung di negara sendiri?

Sumber: GaijinPot

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, para pemilik kereta BMW kini boleh mengaktifkan ciri Digital Key Plus dengan…
Gaya Hidup
Berbanding model standard S23 Ultra, peranti pintar edisi khas ini bakal menampilkan beberapa ciri…
Berita Global
Undang-undang itu mula berkuat-kuasa 7 Julai lalu tetapi ia akan mula dipraktikan menjelang Juali…