Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata video berdurasi 47 saat itu dikesan pihaknya semalam, selepas dimuatnaik pemilik akaun Facebook @Arief Why Pocong Pocong.
“Aksi individu yang menggunakan papan luncur itu boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Kaedah-kaedah kawalan Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikroboliti) 2021,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Kamarul Rizal berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di talian 04-8664122.
“Atau boleh hubungi pegawai penyiasat di talian 013-3312026,” katanya.
- Semakin lama semakin ramai yang gagal menghubungkan sel-sel otak! -