Guna nombor plet AHH YOO 9941, pelajar ditahan

oleh SALINA JALIL|
Tindakan seorang pelajar menggunakan nombor pendaftaran palsu AHH YOO 9941 pada papan nombor plet belakang motosikalnya untuk rakaman menerusi aplikasi Tik Tok membawa padah apabila dia ditahan polis semalam.


Remaja lelaki berusia 17 tahun yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu ditahan dalam operasi samseng jalanan di Taman Selasih, Kulim kira-kira pukul 8 malam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dalam operasi itu bertindak menahan remaja terbabit yang menunggang motosikal jenama Kawasaki model KR150.

 

“Pemeriksaan di bahagian nombor plat hadapan motosikal itu didapati mengunakan nombor pendaftaran biasa yang didaftarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

“Walau bagaimanapun, pemeriksaan lanjut anggota mendapati nombor pendaftaran pada papan plet belakang berbeza apabila tertera AHH YOO 9941,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

 

 

 

Kosmo Online

Berita Berkenaan

Berita Global
Plat tersebut merupakan salah satu daripada 49 nombor plat untuk direbut pada lelongan oleh jabatan…
Informasi
Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata peniaga emas di negeri ini begitu teruja sejurus mendapat…
Berita Domestik
“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan…