Lek juga sebelum ini telah membaling najis pada kereta Noi kerana wanita itu mengalihkan ampaiannya untuk meletakkan kenderaan.
Sebelum dua insiden itu, Lek turut dilaporkan pernah menghentam kenderaan Honda Jazz milik Noi menggunakan penghadang tempat meletak kenderaan ekoran isu yang sama.
Ketua polis daerah Rat Burana, Patsaphong Boodthai berkata kedua-dua wanita itu tinggal di bangunan yang sama di Kheha Suksawat dan sudah lama bertengkar akibat berebut petak meletak kenderaan.
Noi yang berang dengan tindakan Lek turut membalas tindakan wanita itu dengan membaling pasu bunga di kedai runcit milik Lek.
Kedua-dua mereka memfailkan aduan kerosakan harta benda dan enggan bercakap antara satu sama lain.
Polis berkata, Lek dan Noi akan dipanggil untuk rundingan atas kerosakan harta benda yang dibuat.