Guna lorong kecemasan - pemandu Myvi, Gen-2 dan Wira serah diri, 6 lagi belum tampil

oleh SALINA JALIL|
Tiga daripada sembilan pemandu yang memotong sebelah kiri lorong kecemasan di Jalan Sunggala-Sua Betong, dekat sini, semalam hadir ke Balai Polis Trafik Port Dickson untuk membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan hadir 5 petang tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Mereka mengaku antara pemandu yang terbabit memotong barisan di Jalan Sunggala-Sua Betong semalam, hadir ke Balai Trafik Port Dickson untuk membantu siasatan.

 

"Ketiga-tiga lelaki berkenaan adalah pemandu kepada kenderaan jenis Proton Wira (NAV 7907), Perodua Myvi (VBB 1806) dan kereta jenis Proton Gen-2 (CBS 5433)," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Katanya, ketiga-tiga lelaki berkenaan masing-masing berusia 57, 46 dan 36 tahun.

 

"Mereka bekerja sebagai pemandu lori, jurujual dan akauntan pihak berkuasa tempatan.

 

"Polis masih lagi mengesan enam pemandu atau pemilik kenderaan yang terbabit dalam menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan," ujarnya.

 

Aidi Sham berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan atau Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

 

Terdahulu tular satu rakaman video di media sosial Facebook yang merakam sembilan kenderaan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di Jalan Sunggala-Sua Betong semalam.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan mendapati insiden jam 1.58 petang berpunca tindakan suspek menggunakan…
Informasi
  Menurutnya, sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan merancang perjalanan sebaiknya untuk keluar…
Berita Domestik
  "Lelaki itu hadir kira-kira jam 8.20 pagi tadi di Balai Trafik Port Dickson dan mengakui memandu…