Guna horn! - Menteri Pengangkutan

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata pengguna jalanraya Malaysia perlu berani mengubah sikap dan mindset mereka dan "menegur" mereka yang melakukan kesalahan lalulintas dengan cara membunyikan horn.
Modenas

"Kita perlu tukarkan minda pengguna jalanraya di Malaysia. Kita kena berani untuk menegur mereka yang melakukan kesalahan di atas jalanraya," ujar beliau di acara Hong Leong Yamaha Motors Balik Kampung pagi tadi.

Loke pada mulanya menegur mereka yang menggunakan horn bila memandu secara agresif di atas jalanraya. 

Beliau juga bersetuju bahawa penggunaan horn ialah cara normal untuk "memalukan" mereka yang melanggar undang-undang jalanraya, tetapi perbuatan itu mungkin akan mengundang jenayah keganasan lalulintas.

Namun begitu beliau kemudian berkata bahawa penggunaan horn boleh meningkatkan kesedaran keselamatan lalulintas.

Kementerian beliau akan meminta nasihat pakar untuk melihat bagaiaman kesedaran itu boleh berterusan.

Pihak kementerian juga akan meninjau dan menimbang usia menunggang motosikal. Dari 28 juta kenderaan yang berdaftar di dalam negara, 13 juta ialah motosikal.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata setakat ini, projek landasan kereta api…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, proses berkenaan akan bermula di tanah…
Informasi
  Menterinya, Anthony Loke, berkata bagaimanapun, usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat…