Guna ekzos bising? Ini 'makan' dia!

oleh SALINA JALIL|
Tindakan seorang anggota polis yang telah 'menghukum' seorang penunggang motosikal yang menggunakan ekzos bising telah mendapat sokongan para pengguna laman sosial baru-baru ini.


Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Sukan Star TV, kelihatan seorang anggota telah ‘meletakkan’ kepala lelaki terbabit berdekatan ekzos motosikal miliknya sendiri.

 

Pada masa sama, anggota tersebut telah ‘memerah throttle minyak’ sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.

 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian itu dirakam, namun difahamkan ia sekitar negeri di sebelah Kepulauan Borneo berdasarkan nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

 

Susulan tular klip video berdurasi empat saat itu, rata-rata pengguna laman sosial telah meninggalkan pelbagai komen dan reaksi yang menyokong tindakan yang dilakukan anggota itu.

 

Video tersebut boleh disaksikan di sini: https://fb.watch/6SEI1yIqFF/

 

fb komen 1

 

 

 

Kosmo/SukanStarTV

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, siasatan mendapati, mat rempit mengubah suai ekzos motosikal masing-masing ha­nyalah…
Berita Domestik
  "Mangsa ditampar dan dipukul. Beberapa rakan lelaki terbabit turut datang dan memukul remaja…
Berita Global
  Tujuannya ialah untuk mengingatkan masyarakat agar jangan menggunakan ekzos yang tidak menepati…